Today is Friday...the end of 1st week of January 2010. Azam tahun baru?? aaghh...terlalu kompleks untuk dihuraikan. Terlalu manis untuk diingat kembali sejarah hidup sepanjang tahun 2009.Banyak yang mengajar aku sebuah kehidupan hakiki sepanjang 2009. Ada suka...ada duka.. tapi yang pasti, aku masih lagi bernafas sehingga ke saat ini.. Syukur Alhamdulillah.. kerana Yang Maha Mencipta masih memberikan aku peluang untuk terus menikmati keindahan alam dan kehidupan ini untuk setahun lagi. Hhmmm...semakin tua...semakin berumur... semakin stabil? itu lah yang aku harapkan untuk 2010 ini. Amiinnn...
08 January, 2010
04 January, 2010
Salam buat semua sahabat
Sudah sekian lama impianku untuk mempunyai blog sendiri... namun, hakikatnya hanya Tuhan yang menentukan setiap langkah kehidupan kita... Lalu hasrat yang sekian lama ini terpaksa aku pendamkan, demi mengejar sesuatu yang lebih menjadi keutamaan dalam hidup..
Kini, aku mampu menarik nafas lega... semua aktiviti dan perancangan tahun 2009 telah berjalan dengan lancar seperti yang di hajati. Blog?? Aarrgghh... masih bertatih lagi...
Tahun 2010 telah mula membuka tirai persembahan... dan akulah pelakonnya... hhmm.. mampukah aku memperbaiki apa yang terbuku dan tersasar dari landasan sebelum ini? Azam 2010.. nak kurus?? hahahha... itu telah menjadi azamku bertahun-tahun lamanya... tapi di manakah hasilnya?? aku sendiri kurang pasti, aku mampu laksanakan azam ini atau sebaliknya. Hakikatnya aku bukannya good eater, namun aku suka mencuba...
Subscribe to:
Posts (Atom)