Sudah sekian lama impianku untuk mempunyai blog sendiri... namun, hakikatnya hanya Tuhan yang menentukan setiap langkah kehidupan kita... Lalu hasrat yang sekian lama ini terpaksa aku pendamkan, demi mengejar sesuatu yang lebih menjadi keutamaan dalam hidup..
Kini, aku mampu menarik nafas lega... semua aktiviti dan perancangan tahun 2009 telah berjalan dengan lancar seperti yang di hajati. Blog?? Aarrgghh... masih bertatih lagi...
Tahun 2010 telah mula membuka tirai persembahan... dan akulah pelakonnya... hhmm.. mampukah aku memperbaiki apa yang terbuku dan tersasar dari landasan sebelum ini? Azam 2010.. nak kurus?? hahahha... itu telah menjadi azamku bertahun-tahun lamanya... tapi di manakah hasilnya?? aku sendiri kurang pasti, aku mampu laksanakan azam ini atau sebaliknya. Hakikatnya aku bukannya good eater, namun aku suka mencuba...
No comments:
Post a Comment